Doa usaha ikhtiar tawakkal

Bismillahirrahmanirrahim...
March 2017

Apa khabar agaknya anak ibu kat sana?..Erm, kadang2 ibu tertanya-tanya. Tapi yang pasti wildan syurga ibu ni mesti tengah berbahagia kan sayang..  Kalau anak ibu ada, mesti dah 5 bulan sekarang. Tapi alhamdulillah ibu percaya dengan perancangan Allah. Anak ibu ada di tempat yang paling indah. Jadi ibu patut bersyukur sangat2..

Kadangkala memang terbit rasa rindu buat sayang ibu ni. Tapi ibu dah makin kuat dan makin boleh terima hakikat. Betullah apa yang orang selalu cakap. Kita takkan tahu kemampuan kita selagi kita tak cuba. Sebelum balik ke USM, tak dinafikan ibu rasa takut sangat. Satu satunya tempat yang paling banyak memori kita bersama, Setiap kenangan yang ada tu tak pernah luput dalam ingatan, Ibu cuba sibukkan diri dan kuatkan semangat.



Masa mula-mula datang sini, ibu diuji lagi. Beg ibu diragut masa keluar lunch dengan kawan-kawan. Ibu ada rasa ragu-ragu jugak masa tu. Sama ada betul tak kuputusan yang ibu ambil, Tapi ada kawan ibu yang yakinkan ibu Allah tak hadirkan petunjuk dengan musibah. Allah pasti ada perancangan lain. Jadi ibu lawan prasangka buruk tu. Sedar tak sedar dah 2 bulan ibu ada di Kelantan. Bulan pertama memang kadang2 tak de perasaan. Kat tempat kerja ok sikit tapi bila balik rumah sebenarnya malam2 selalu tak boleh tidur. Fikiran bercelaru. Allahuakbar, terukkan ibu rasa macam tu.

Bulan March ni alhamdulillah mula rasa makin kuat. Senyum pun dah mula ikhlas sebenarnya. Paling ibu tak sangka, ibu spend time dengan family kita sebelah atuk mama kat Pulau Tioman. Dan yang lagi satu ibu tak jangka, ibu pergi kursus kat Bali dengan kawan2 ibu. Sebenarnya kawan2 ibu yang uruskan semua, Register kurus, book hotel dan flight semua kawan2 ibu yang uruskan.. Family day pun sama semua family yang rancang. Ibu betul betul tak sangka yang ibu boleh lalui semua tu. Ibu boleh join family day tu dan buang perasaan takut ibu. Honestly lepas anak ibu takde, ibu sangat takut sebenarnya nak jumpa dengan orang. Masa yang pensyarah ibu (HOD ORL-HNS HUSM) bagi untuk ibu outside posting di Alor Setar memang membantu sebenarnya. Slowly ibu belajar yang takde orang pun salahkan ibu atas kehilangan anak ibu malah ramai yang sentiasa memberi sokongan.

Ibu ada banyak misi yang perlu diselesaikan sekarang. Ibu harap wildan syurga ibu ni sudi doakan ibu dan ayah ye sayang. Ibu banyak ketinggalan. Blurr pun banyak. Ada lecturer ibu tegur jugak masa assessment yang ibu ada " poor performance"..Sedih ibu rasa tapi benda tu betul. Ibu memang bukan orang yang baik dan bijak. Mungkin sebab tu jugak ibu tak layak untuk jaga anak ibu sebab tu Allah tolong jagakan, Ibu harap ibu dapat bangkit dan cuba buat yang terbaik. Ibu percaya apa yang orang tegur kita tu mesti nak kita buat sesuatu. Lebih baik kena tegur sekarang daripada kena tegur bila betul2 dah last minute. Harap benda tu dapat jadi motivasi untuk ibu. Sebab semuanya milik Allah dan rancangan dari Allah. Hanya Allah je yang tahu. Biarlah orang nak fikir apa sebab orang tak rasa apa yang kita rasa. Dan orang lain tak boleh ubah nasib kita selain diri kita sendiri.  Orang excellent pun kalau Allah kata bukan rezeki dia belum tentu berjaya.  InshaAllah i will try my best to be a good Muslimah, wife, daughter, student, doctor and mother for your siblings later.. =)
Doa usaha ikhtiar dan tawakkal. Wallahualam...


Rahmat Ujian (Mestica)

Dalam derita ada bahagia 
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya




#aqeelkhalis
#rinduserindurindunya
#rahmatdisebalikujian

0 comments:

Post a Comment