Sekadar Perkongsian dan Jangan Bersedih

Bismillahirahmanirrahim...

Semalam ibu dapat berita yang seorang sahabat ibu kehilangan zuriat yang dinantikan hampir 4 tahun. Allahuakbar..Innalillahiwainailaihirajiun.. Sedihnya ibu rasa sebab ibu faham sangat apa yang kawan ibu rasa.

Aqeel Khalis, walaupun dah lama ibu tak mencoret kat sini...Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya ibu pada sayang ibu. Ibu harap anak ibu bahagia dan gembira kat sana. Macam2 aktiviti ibu buat dan join untuk penuhkan masa yang ada. Ibu harap anak ibu tak salah faham. Rindu dan sayang ibu tak pernah padam ye sayang. Aqeel Khalis jangan marah dengan ibu. Sampai sekarang ibu sebenarnya tak kuat nak buka kotak2 yang penuh dengan kenangan kita. Nak lalu lama2 dekat tempat barangan baby. Nak masuk kawasan NICU Nilam 1 dan Nilam 2 HUSM. Terukkan ibu ni sayang. Aqeel doakan ibu dapat atasi benda ni ye nanti.


Buat sahabatku yang sedang mengalami perkara yang sama, be strong my dear friend. Kalau kau terbaca coretan aku ni, buat masa terdekat ni kalau nak menangis, menangis lah sepuas-puasnya. Tapi jangan biarkan kita hanyut dalam perasaan sedih tu. Paling mencabar memang masa dalam pantang sebab time tu kita memang tak kuat. Tapi walaupun kita tak boleh solat or baca quran, kita boleh berzikir, kita boleh berdoa banyak-banyak moga Allah sentiasa memberikan jalan yang terbaik untuk kita. Jangan pernah kita berputus asa.

Hidup ini memang tak sunyi daripada ujian Allah, tapi insha Allah di sekeliling kita ada suami kita yang sentiasa cuba buat yang terbaik untuk kita. Ibu dan ayah kita, adik beradik dan sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong kita untuk kita bangkit dari kesedihan. Kita kena terapkan pemikiran positif dalam diri. Jangan mudah mengalah. Kita perlu sentiasa yakin yang Allah sentiasa tahu apa yang terbaik. Tak dinafikan ada mulut2 yang simpati tapi mengeluarkan spekulasi yang membuatkan kita berfikiran negatif tapi abaikan je benda tu. Banyak cara yang kita boleh buat untuk hilangkan rasa sedih tu

1) Of course cuba dekatkan diri dengan pencipta kita. For Muslim, Allah S.W.T sentiasa ada.
2) Rapatkan hubungan kita dengan suami, ibu ayah, adik beradik dan kawan2 yang membantu dari sudut positif.
3) Sibukkan diri dengan kerja2 yang berfaedah, kemas rumah, susun buku, lap tingkap, masak dan apa2 je la asalkan busy. Macam aku as a student ni, lepas fasa sedih tu, memang baru nak settlekan hutang2 lama yang terbengkalai. Alhamdulillah slowly kita akan ok.
4) Cari masa untuk bercuti. Tak dapat jauh2 dalam negara pun ok. Lihat betapa indahnya kebesaran Allah. Betapa hakikatnya Allah nak bagi kita bercuti dengan tenang tak yah nak fikir pasal perkara2 yang stress2 tu.
5) Kalau ada duit and cuti yang banyak, boleh plan untuk pergi umrah. Ya, tempat di mana kita hanya rasa nak beribadah dan dekatkan diri kita dengan penciptaNya. Memang berebut-rebut semua orang nak gi sana.
6) Ni satu lagi benda yang aku buat, salin buku resepi. Try campak2 and buat macam2. Pastu ko mula lah terfikir sapa nak makan benda2 yang ko dah masak tu. Selalunya mmg ada la yang kena roger pastu home delivery or kena paksa mai rumah. Aku ni bila stress mmg memasak adalah satu cara untuk aku hilangkan stress walaupun tukang makan belum tentu ada..hehe..
7)Lagi satu benda yang aku suka buat ialah pergi ke pantai. Maybe sebab memang kampungku  tepi pantai. So bila stress je memang akan cari pantai mana2 tengok dan dengar bunyi ombak. Berfikir tentang perancangan masa depan.
9) Boleh jugak cuba lepaskan dengan cara tulis apa yang kau rasa. Sebab bila kita bercerita belum tentu ada orang yang betul-betul nak dengar apa yang kita cerita. Jangan sampai kita jadi beban pada orang lain. Sebab kita tak bermaksud pun nak meraih simpati ke apa. Kita pun tahu bukan kita je yang diuji. Ramai orang lain. Yang kita perlukan cuma semangat dan kata-kata sokongan.

Sebenarnya banyak cara dan perkara yang kita boleh buat.

Aqeel Khalis anugerah terindah buat ibu dan ayah. Biarlah orang nak cakap kita lemah ke apa, biarlah kadang2 orang tak faham apa yang kita rasa. Asalkan Allah sentiasa ada untuk kita. Bukan kita tak cuba, Allah je yang tahu betapa payahnya kita sentiasa berusaha untuk tersenyum dan ketawa untuk insan2 di sekeliling kita.

Lagi satu untuk isu anak angkat. Biarlah Allah yang tentukan masa dan saat yang sesuai sebab sejauh mana kita merancang, Allah sebaik- baik perancang. Allah pasti mengetahui bila saat dan masa yang sesuai. Kita sendiri pun tak pasti sampai bila hayat kita di dunia ni. Jadi lebih baik gunakan kesempatan yang ada untuk kita cuba lakukan yang terbaik buat semua yang ada di sekeliling kita.

"La tahzan Innallaha ma'ana" Don't be sad. Allah is with us. [9:40]




Wallahualam.. Moga coretan ini memberi manfaat buat sesiapa yang sudi membacanya.

#sedartaksedardah9bulan
#wildansyurgaayahdanibu
#anugerahterindah
#aqeelkhalis

0 comments:

Post a Comment