Ujian Ramadhan 2018

Pusara Aqeel Khalis

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua..
Lama ibu tak mencoret dalam blog aqeel khalis ni. Maafkan ibu sayang sebab terlalu sibuk dengan study ibu. Saat ini ibu rindu sangat pada anak ibu ni..Harap nanti Allah bagi peluang kita berjumpa walaupun dalam mimpi.

Aqeel, hari ni ibu rasa sedih sangat. Ibu harap semangat aqeel masih ada dalam diri ibu. Ibu tak kuat sayang. Tapi inshaAllah ibu percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah disebaliknya.. Ibu rasa bersalah sebab ibu tak dapat banggakan aqeel, ayah aqeel, atuk mama, atuk wan dan yang lain2... Ibu harap semua maafkan ibu. Ibu dah usaha setakat yang termampu. Untuk orang macam ibu, semua tu tak mudah. Ibu tak bijak or genius mcm orang lain. Ibu harap Allah bagi kekuatan untuk ibu bangkit semula.

Hari ni 1 Ramadhan..Harap rahmat ramadhan ni dapat bagi kekuatan untuk ibu. Allah buka dan terangkan hati ibu untuk redha dengan setiap ketentuan..  Mungkin kali ini ambik masa yang lebih sikit tapi inshaAllah..  Ibu mungkin banyak dosa jadi Allah uji ibu dengan banyak cara. Ujian terbesar ibu rasa adalah masa Allah ambik anak ibu dalam masa sekelip mata. Tapi hikmahnya banyak. Antara yang ibu sedar masa dekat2 ibu nak exam, tuk mama sakit sayang. Ibu ingat lagi dulu ibu pernah plan masa dekat2 exam nak mintak tolong tuk mama jaga aqeel tapi Allah maha mengetahui jad Dia tolong ibu jaga anak ibu. Tuk mama sakit jantung yang pada mulanya Allah uji even rawatan bypass pun berisiko tinggi. Ibu takut sangat sbb ibu dah tak de anak lain. Jadi cuma pada tuk mama dan atuk wan je tempat ibu berbakti selain ayah. Ibu dan ayah takde pertalian darah jadi ibu tak tahu sampai bila ayah boleh bertahan dengan ibu. Dengan sakit ibu lagi jadi ibu tak pasti. Tapi Alhamdulillah ayah aqeel jodoh yang baik untuk ibu setakat ni yang sentiasa support ibu.

Sebenarnya masuk master ni bukan satu benda yang mudah. Silap ibu jugak dulu tak fikir panjang pun masa apply. Ibu cuba2 je masa tu. Tapi tetiba dapat. Memang ibu tak sangka. Tapi ibu hadap jugak sebab ibu rasa mungkin Allah takdirkan ibu rezeki buat master dulu sebelum dapat rezeki anak. Dan dalam tempoh master tu jugak Allah hadirkan pengalaman dan anugerah terindah dalam hidup ibu Aqeel Khalis. Ibu bangkit lepas Allah ambik Aqeel sebab ibu ada kawan yang bersama sama dengan ibu. Tapi kali ni ibu dah tinggal sorang2... Ibu harap Allah bantu ibu. Ibu pun tak tahu lepas ni ibu akan tercampak kat mana untuk penempatan sementara. Untuk adapt kat tempat baru sebagai failure ibu tak tahu macam mana. Untuk dapatkan balik semangat dan kekuatan pun ibu tak tahu macam mana. Ibu cuma doa Allah tunjukkan jalan yang terbaik dan berikan kekuatan dan permudahkan urusan ibu dalam apa jua perjalanan yang ibu pilih lepas ni. Moga ibu tetap kuat dan dapat berikan rawatan yang terbaik untuk pesakit pesakit ibu. Kerjaya seorang doctor tetap sebati dalam diri ibu.

Ibu rasa cukup setakat ini luahan hati ibu untuk anak ibu kali ni.. Jangan lupa tau datang dalam mimpi ibu... Ibu sayang anak ibu sangat2... Tapi kadang2 bila orang tanya dah ada anak ke ibu tak tau nak jawap mcm mana sbb mesti org akan tanya umur berapa pulak lepas tu... So kalau ibu jawap xde tu bukan sebab ibu dah lupakan aqeel tau tapi ibu malas nak panjang2...

Tadi nak berhenti dah ni sambung balik pulak..Apa la ibu aqeel ni. Jiwa kacau kot..=)
Ok kali ni ibu stop dulu... Nanti dah ada kereta ibu gi melawat aqeel lagi ye..
Salam ramadhan al mubarak semua....




0 comments:

Post a Comment