Renungan Diri Tahun 2019

Renungan Diri Tahun 2019

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum. Lama ibu tak update blog ni. Sorry sebab  agak busy dengan tugas-tugas harian. Alhamdulillah untuk pengetahuan Aqeel, ibu dah lulus exam 16/11/2018 hari tu. Satu kejayaan yang sangat bermakna buat ibu walaupun berkali-kali ibu hampir giveup.

Perjuangan mengejar master ni bukan sesuatu yang mudah. Perlukan usaha, pengorbanan dan doa dari banyak pihak. Semangat memang kena kental. Tapi insyaAllah berkat doa dan kesungguhan kejayaan akan tiba pada masa yang telah ditetapkan oleh Allah. Yang penting jangan putus asa.

Pengalaman exam this time memang susah nak digambarkan. Nervousnya cuma Allah je yang tahu. 6 bulan tu pulak perlukan kekuatan mental yang sangat tinggi. Tebalkan je muka time tu. Ibu kan the only girl tapi terpaksa push jugak. Saat paling getir masa balik study month tu. Mula2 rasa sedih sangat sebab tak de dah geng study yang lama. So buat la study group yang baru. Pagi2 practice kat klinik. Setiap hari wajibkan clerk 1 kes untuk long case. Petang dan malam pulak study untuk viva.
Makin dekat ngan exam tu makin tinggi momentum kitorang. Alhamdulillah semua ahli study group yang consistent lulus kali ni.

Hari exam kat UKM tu drama jugak la ibu. Nasib baik ada aunty Kinah. Hari2 ibu nangis kat dia. Haha.. Nak tergelak jugak bila ingat balik. To be honest, kali ni tahap kerisauan memang sangat tinggi. Tak tau la kenapa. Allah je yang tau. Nak share pun bukan semua orang boleh faham. Cuma orang2 yang sekapal ja yang memahami. Lebih2 lagi kami ni bukan otak2 tahap genius tu. Tapi kun fayakun.. Kalau Allah dah tetapkan sesuatu, pasti kejayaan itu tiba.

5 Disember 2018, saat ni debaran yang seterusnya pulak. Orang kata biasa lulus exam boleh la happy2 kan. Tapi as long as still dalam medical field ni, jangan nak mimpi sangat la. Debaran seterusnya adalah tempat placement. Ibu tetap letak jugak Hospital Sultanah Bahiyah sebagai pilihan pertama. Ye la sebab sebelum ni mana pernah pi mana2 kan. Masa kat USM pun mostly geng2 HSB jugak. Nampak tak betapa tak berkembangnya kami ni. hehe

Akhirnya ibu ditempatkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), Gazettement di Hospital Pulau Pinang. Tak tau la sebab apa mula2 rasa sedih jugak. Nervous pun ada. Ye la nak pi tempat baru kan. Tapi tawakkal je la. Ibu yakin kat mana Allah letak tu mesti tempat tu yang terbaik untuk ibu.

Tak habis lagi story pasal ni, masa kat rumah tu, tetiba big boss call, cakap nak tukarkan placement ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) pulak. Tapi Gazettement tempat sama. Ibu ni bukan tau sangat HSJ ngan HBM ni macam mana. So terima je la mana2 pun. Nampak tak betapa ibu ni sebenarnya senang ja orang nak campak pi mana2 pun.. Haha, as long as northern region la. Kalau kena pi Selatan tanah air or Sabah/Sarawak mau meraung jugak nanti. Sebab ye la once dah kahwin ni letih kot nak PJJ jauh2 tu. Then memikirkan Tok Mama yang tak berapa sihat tu ingat senang hati ke nak pi jauh2. Penang ni at least apa2 sempat lagi pecut kereta balik Kedah.

Alhamdulillah bila dah mai join Penang GH ni not bad sebenarnya. Bos baik2. Team work pun baik2. Walaupun ibu ni the most junior and kepala otak ting tong dan skill pun kelaut. Tapi semua orang bertabah je bagi tunjuk ajar. Alhamdulillah confident level dari hari ke hari makin bagus. Skills pun makin mantap berkat tunjuk ajar dari sifu2 hebat. Ye la dulu kat HSB banyak observe dan assist je. Tapi once dah jadi pakar ni tanggungjawap makin besar. Memang berdoa je setiap kali buat operation moga dipermudahkan dan semua pesakit diberi kesembuhan.

Tak habis lagi cerita placement ni..hihi.. Lagi 2 bulan nak habis gazettement tu, big bos offer untuk stay kat GH Penang. To be exchange dengan sorang senior untuk ke HBM. Dilema jugak pada mulanya. Sebab plan nak buat IVF kan. Terfikir jugak big centre macam Penang ni memang kesian kalau ambik cuti. Kesian kat kawan2 yang nak cover. Tapi kalau pi HBM pulak ada ura2 OT nak tutup sebab aircon problem. Erm... masa tu buat istiqarah jugak mintak Allah tunjukkan yang terbaik. Ada jugak orang cakap ibu tolak tuah sebab bukan senang nak balik mainland. Ada juga yang bagi cadangan stay je di Penang GH, mantapkan skill then nanti tukar dengan specialist dari Kangar. Memang dilema. Tapi akhirnya Allah gerakkan hati untuk stay di Penang dan tak lama lepas tu memang dapat surat dikekalkan kerana perkhidmatan. Ibu tak de buat rayuan apa pun tau kecuali merayu kat Allah je. Kot2 la ada orang cakap kabel besaq pulak nanti. Besar mana kabel pun as a Muslim, trust Allah. He is the best planner.

Tudia..sedar tak sedar dah berjela dah blog ibu untuk kali ni. Mula-mula ibu ingat nak tulis pasal IVF journey.. hihi..Kelaut sungguh melalut. Aqeel Khalis, moga anakanda tenang di sana ye. Maafkan ibu sebab dah jarang melawat pusara anak ibu ni. Tapi percayalah sayang tetap dalam doa ibu. Moga Allah temukan kita di syurga.

Wallahualam....Nanti kita sambung next entry ya. Assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment