Assalamualaikum..
Lama tak berkongsi dalam blog ni..
29/11/2016..
Genap sebulan Aqeel Khalis dijemput Ilahi. Begitu pantas masa berlalu. Tapi percayalah sayang, rindu ibu tak pernah hilang buat sayang ibu ni. Setiap kenangan dan detik-detik yang sempat dilalui tetap mekar dalam ingatan ibu. Dari saat ibu tahu Aqeel wujud dalam rahim ibu sampai lah detik-detik Aqeel dijemput Allah tak pernah luput dari ingatan ibu. Aqeel merupakan anugerah terindah dari Allah S.W.T buat ibu dan ayah sampai bila-bila. Kehadiran Aqeel bagi peluang buat untuk kami memegang gelaran ibu dan ayah..Alhamdulillah. Tak ada sesiapapun dapat menafikan hakikat ini. Syukur pada Allah atas pemberian yang tak terhingga ini.
Buat pengetahuan Aqeel, ibu ada upload beberapa gambar Aqeel di instagram dan facebook ibu. Tak banyak pun gambar Aqeel yang ayah dan ibu ada. Cuma mana yang sempat Allah izinkan ibu dan ayah curi-curi ambil dan ada juga yang kawan ibu tolong capture. Ada yang ayah dah cuci untuk simpanan dalam album. At least kalau handphone or laptop ibu hilang or rosak, kami masih boleh tatap gambar sayang ibu ni buat melepaskan rindu. Dalam facebook ni pun ibu boleh buka di mana2 sahaja bila rindu pada sayang. Ibu ada check dengan ustaz2 jugak sayang tentang hukum meletakkan gambar insan yang telah meninggal dunia adalah harus(dibenarkan) asalkan tidak melampaui batas sehingga memesongkan aqidah.
Kami redha dengan pemergian sayang. Aqeel anak syurga untuk ibu dan ayah. Kami percaya ada hikmah disebalik semua ni. Bila difikirkan balik, Allah S.W.T sememangnya sebaik-baik perancang. Sebenarnya banyak yang ibu dan ayah plan untuk beli dan hadiahkan pada Aqeel. Stroller, tilam, carseat, katil baby, wardrobe dll tapi Allah tangguhkan. Bayangkan kalau kami dah beli semua tu dan sediakan bilik khas untuk Aqeel, mesti ibu lagi tak kuat sayang untuk tengok semua tu. Baju2 pun walaupun ibu dah tahu masa 3 kali scan terakhir anak ibu ni lelaki, tapi Allah gerakkan hati ibu untuk beli warna universal. Mungkin sebab Allah tahu yang anak ibu tak sempat pun pakai semua tu sayang. Walaupun sayang tak sempat pakai, ibu tetap cium dan peluk baju2 tu bila rindu. Ada jugak hadiah yang kawan ibu bagi untuk sayang, mohon dihalalkan untuk ibu simpan buat kenang kenangan. Murah rezeki anak ibu ni, Cuma yang sempat Aqeel guna cuma pampers, wipes, napkin masa mandikan jenazah Aqeel, sehelai kain pelekat yang membaluti jenazah sayang masa on the way balik hari tu. Ibu dan ayah mungkin akan sedekahkan sebahagian dari barang2 ni ye sayang. Sebab sedekah ni antara bekal kita sayang. Tiga perkara yang berkekalan masa kita meninggal dunia adalah doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. Yang lain semua cuma dunia semata-mata.
Ibu rasa cukup setakat ini untuk kali ini yang dapat ibu kongsikan. Maafkan ibu sayang andai adakalanya ibu tak dapat menahan air mata ini daripada mengalir setiap kali ibu rindukan Aqeel. Ibu dan ayah sentiasa berdoa agar Allah S.W.T berikan kekuatan dan ketabahan buat kami. Aqeel pun doakan sama ye. Bergembiralah sayang ibu di syurga Allah. Doakan agar segala dosa ibu dan ayah diampunkan, dapat berubah menjadi insan yang lebih baik dan Allah temukan kita di syurgaNya. Di kesempatan ini, kami jugak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat semua yang membantu dan memberi sokongan buat kami tak kira Muslim or non Muslim.. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya..
Al Fatihah buat Aqeel Khalis..
Segenggam tabah - In team
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
0 comments:
Post a Comment