Kepentingan menjaga kebersihan dari jangkitan kuman merupakan faktor yang penting dalam kehidupan seharian. Salah satu contohnya adalah menjaga kebersihan tangan supaya dapat mengelakkan dari jangkitan penyakit dan penyebaran kuman.
Tambahan pula, tangan merupakan anggota yang mempunyai banyak organisma seperti bakteria, virus dan alga. Pelbagai benda yang kita pegang setiap hari yang mempunyai organisma halus tersebut. Organisma halus ini ada yang mempunyai kesan yang biasa dan ada yang mempunyai kesan yang tidak bagus untuk tubuh badan.
Begitulah dengan bayi yang berada di dalam NICU di hospital yang mungkin boleh terdedah dengan jangkitan kuman dari luar atau dari dalam hospital sendiri walaupun bayi berada di dalam incubator. Semua pihak sama ada bapa, ibu dan staf perubatan mestilah mencuci tangan dengan sebetul-betulnya bagi mengelakkan jangkitan kuman terhadap bayi. Bayi mempunyai sistem imunisasi yang rendah berbanding dengan orang dewasa di mana mempunyai kadar yang tinggi untuk mendapat jangkitan kuman.
Sehubungan dengan itu, semua pihak mesti mengamalkan basuh tangan dengan cara yang betul supaya bayi berada di dalam keadaan yang baik dan dilindungi dari jangkitan kuman. Tangan merupakan anggota yang paling cekap untuk memindahkan bakteria dan virus tanpa kita mengetahuinya. Sentuhan terutamanya pada muka yang merangkumi mata, hidung atau mulut boleh menyebabkan organisma halus ini terus masuk ke dalam sistem badan kita.
Cara-cara kuman disebarkan adalah melalui hidung, mulut atau mata dan tangan iaitu melalui bersin, batuk atau pun menggosok mata. Ia boleh dipindahkan kepada orang lain dan membasuh tangan boleh membantu mencegah penyakit seperti selsema dan jangkitan mata. Seterusnya kuman boleh dipindahkan melalui tangan yang kotor iaitu tidak dicuci selepas menggunakan tandas. Tangan yang kotor boleh memindahkan kuman kepada makanan dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Tambahan pula, makanan-makanan mentah yang tidak diuruskan dengan betul di mana kuman yang melekat di tangan dipindahkan ke makanan lain yang tidak dimasak. Makan tersebut boleh tercemar dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Haiwan peliharaan juga dapat memindahkan kuman kepada manusia dan ramai yang tidak sedar berkenaan ini. Manusia perlu membasuh tangan selepas memegang haiwan peliharaan. Bayi juga dapat dijangkiti oleh kuman ketika proses menukar lampin. Tangan yang tidak dicuci dengan bersih boleh menyebabkan kuman berpindah kepada bayi lain apabila menukarkan lampin bayi lain pula.
Justeru, kepentingan menjaga kebersihan dari jangkitan kuman adalah perkara yang paling utama terutamanya apabila menjaga bayi-bayi di mana ibu, bapa, staf perubatan dan semua pihak mesti mengambil langkah berjaga-jaga supaya jangkitan kuman tidak akan berlaku.
0 comments:
Post a Comment