Coretan Kenangan Terindah Buat Aqeel Khalis

Coretan Kenangan Terindah Buat Aqeel Khalis


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebenarnya saya sudah lama memikirkan untuk membuat satu blog khas untuk anak saya sebelum Aqeel Khalis dilahirkan lagi.

Aqeel Khalis iaitu anak saya Ahmad Asraff dan isteri Khairul Bariah telah dilahirkan pada hari Isnin pada pukul 10.36 pagi bertarikh 24 Oktober 2016. Aqeel Khalis telah meninggal dunia pada hari Sabtu pada pukul 2.50 petang bertarikh 29 Oktober 2016 disebakan oleh masalah jangkitan kuman.


Lima hari yang penting ini menjadi kenangan terindah buat saya dan isteri dengan melihat Aqeel Khalis di dalam NICU di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan. Anak kami memberikan respon yang positif apabila disusukan dan berasa gembira apabila kami dekat disisinya.

Kami memang berhajat hendak membawa balik anak kami setelah melihat perkembangan yang positif anak kami tetapi kami juga memikirkan berkenaan dengan kesihatannya mungkin terjejas jika terdedah kepada persekitaran luar kerana Aqeel Khalis dilahirkan dalam 35 minggu.

Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya dan kami berharap Aqeel Khalis ditempatkan di dalam syurga serta berharap saya, isteri dan keluarga dapat buat yang terbaik supaya ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatanNya suatu masa nanti untuk bersama-sama dengannya.

Penulisan blog ini akan diteruskan di mana saya dan isteri akan berkongsikan ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman yang berguna untuk semua pihak. Ayah dan ibu sayang Aqeel Khalis untuk selama-lamanya.

3 comments:

  1. Moga Allah berikan kekuatan dan ketabahan atas kehilangan ini

    ReplyDelete
  2. Semoga acap & wife tabah trima dugaan drNya..insyaallah ade hikmah dsebalik ape y jd.. Al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smga asraf dan isteri tabah menhadapi ujian allah.Semoga ada rezeki yang melimpah ruah menanti.Saya yakin awak berdua tabah dan kuat.Al fatihah utk wildan Aqeel Khalis..
      Nama hampir sama dgn anak kedua saya Mohamad Qalish Imran...����

      Delete